
Encik Luqman telah datang ke kedai kami membawa iPhone 13 Pro Max. iPhone ini telah mati tiba-tiba dan beliau berharap untuk repair iPhone mati itu. Banyak punca untuk masalah iPhone mati tiba-tiba. Jadi kami perlu periksa dahulu sebelum membuat sebarang repair. Technician kami membuka iPhone ini dan mencari punca masalah. Rupanya masalah ini adalah pada motherboard. Satu IC (Integrated Circuit) pada motherboard ini tidak berfungsi dengan baik. Jika terdapat sebarang masalah pada motherboard, iPhone tidak akan hidup. Ini adalah untuk menjaga integrity motherboard daripada rosak lebih teruk. IC yang bermasalah itu adalah capasitor di atas motherboard. Capasitor memainkan peranan yang penting untuk menghadkan jumlah cas elektrik.

Technician kami membedah motherboard tersebut dan gantikan IC yang rosak itu. Proses repair iPhone mati ini siap dalam 1 jam sahaja. Kami akan test terlebih dahulu sebelum membuat pemasangan semula. Kemudian, kami akan buat stress test untuk pastikan repair itu sempurna. Akhir sekali, selepas repair dan testing, kami pulangkan iPhone semula kepada tuannya. Jika anda menghadapi sebarang masalah dengan peranti anda, sila hubungi kami. Anda boleh hubungi kami melalui social media atau Whatsapp.


FOLLOW US TO GET THE CHEAPEST IPHONE IN THE MARKET:
Instagram: https://www.instagram.com/iproampang/
Telegram: https://t.me/iproampang
RELEVANT DEVICES THAT WE HAVE REPAIRED:
[ CLICK HERE ]
[ CLICK HERE ]