
Cik Farah telah datang ke kedai kami membawa iPhone 13 Pro miliknya. Masalahnya adalah iPhone tak dapat sebarang signal telco. Pendek kata, tiada line cellular untuk guna internet dan lain-lain. Beliau hanya mahu repair iPhone no service ini dan tidak mahu sebarang kehilangan data. Kami memberitahu kepadanya bahawa kami akan repair motherboard iPhone ini. Tiada penukaran motherboard tapi kami akan repair motherboard iPhone. Seterusnya, technician kami check iPhone ini dengan membuka secara keseluruhan. Skrin ditanggalkan dan kemudian connector bateri dicabut. Technician kami syak pada satu bahagian akan ada kerosakan motherboard iPhone ini. Masalah iPhone no service ini agak common untuk iPhone. Kemudian, technician mengeluarkan motherboard untuk dibedah. Repair motherboard iPhone adalah satu perkara yang sangat rumit dan berisko. Tetapi, kami mempunyai technician berpengalaman lebih 4 tahun dalam bidang repair motherboard iPhone. Motherboard diasingkan kepada dua bahagian untuk jalankan proses repair.

Kami menggunakan teknik Reball Layer untuk repair iPhone no service ini. Setelah selesai, motherboard disatukan semula dan dipasang semula. Testing dijalankan secara menyeluruh untuk pastikan tiada masalah. Semuanya berfungsi dengan baik dan iPhone sudah mendapat line (coverage telco). Cik Farah gembira dengan proses repair yang cepat dan mengucapkan terima kasih. Kami juga ingin mengungkapkan ribuan terima kasih kepada semua pelanggan iPro Ampang. Kami akan terus perbaiki kualiti servis dan repair kami setiap hari.


FOLLOW US TO GET THE CHEAPEST IPHONE IN THE MARKET:
Instagram: https://www.instagram.com/iproampang/
Telegram: https://t.me/iproampang
RELEVANT DEVICES THAT WE HAVE REPAIRED:
[ CLICK HERE ]
[ CLICK HERE ]