Repair iPhone Masuk Air Sungai di Kuala Lumpur

Sebelum repair iPhone masuk air

Cik Natasya telah datang ke kedai kami membawa iPhone 11 miliknya yang tak boleh on. iPhone ini telah terjatuh dalam air sungai ketika beliau sedang bercuti. Untuk beberapa hari, iPhone ini disimpan dalam balang beras untuk dikeringkan. Tetapi iPhone masih tak boleh on, jadi beliau datang ke kedai kami pada hari ke 4. Kami memaklumkan kepadanya bahawa iPhone yang rosak water damage, risiko untuk rosak semula adalah tinggi. Kami akan repair sebaik boleh, tetapi dalam tempoh 1-2 tahun kita tidak tahu nasib iPhone ini.  Beliau faham dan meminta kami untuk repair iPhone masuk air ini juga kerana nak cuba selamatkan data.

Motherboard yang sudah water damage, proses repair motherboard iPhone

Technician kami membuka iPhone ini dan mendapati masih ada air di dalam. Kemudian kami menanggalkan motherboard untuk proses chemical wash. Chemical wash akan membuang sebarang kehadiran air pada motherboard. Power supply dipasang pada motherboard untuk kami cari punca masalah. Terdapat masalah pada cip CPU iPhone ini, technician kami cuba untuk reball layer CPU. Kemudian, motherboard dipasangkan semula dan kami test untuk sebarang kerosakan lain. iPhone berfungsi dengan sepenuhnya tanpa masalah, jadi kami semula iPhone ini. Proses repair iPhone masuk air ini disiapkan dalam tempoh 1 jam sahaja. Kami mempunyai technician iPhone berpengalaman lebih 4 tahun dalam bidang repair motherboard iPhone.

Selepas repair iPhone masuk air

FOLLOW US TO GET THE CHEAPEST IPHONE IN THE MARKET:
Instagram: https://www.instagram.com/iproampang/ 
Telegram:
https://t.me/iproampang

RELEVANT DEVICES THAT WE HAVE REPAIRED:
[ CLICK HERE ]
[ CLICK HERE ]